Search This Blog

Sunday, February 27, 2011

Hati - Hati Bila Menggunakan PC Ditempat Umum






HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...) CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!

Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan dan sampaikan kepada sahabat handai.




Friday, February 25, 2011

KoLeKsi LaWaK PeNdeK

01- Mencuri
Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!


02- Raba
Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Ita: Ya, saya percaya.
Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?
Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...


03- Kahwin
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!


04- Benda Lain
Soh Ah Peng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual dadah, Jirannya Goh Kai Huat dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan. Dalam sesi soal jawab, peguam bela mengemukakan beberapa soalan.
Peguam bela: "Pernahkan awak menerima dadah daripada tertuduh?"
Goh Kai Huat: "Tak ada Tuan!"
Peguam bela: "Ada terima apa-apa dari isteri tertuduh?"
Goh Kai Huat: "Tidak"
Peguam bela: "Bagaimana pula dengan anak perempuan tertuduh? Pernah dia bagi kamu?"
Goh Kai Huat: "Adakah tuan maksudkan benda-benda lain selain dadah?" sambil tersengih-sengih...

05- Potong
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nazri terpandang Sahrum sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Sahrum.
Nazri: "Kenapa menangis?"
Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"
Nazri: "Awak takut ke?"
Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"
Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.
Sahrum: "Eh...kenapa pula awak menangis?"
Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"


06- Murah
Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000
"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.
"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul
Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.
Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.
"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.
Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.

07- Kek Hari Jadi
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu.

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."


08- Kisah Si Pelupa
Seorang nenek yang tinggal disebuah rumah dua tingkat sedang asyik mengemas bilik di tingkat atas. ketika itu dia teringat untuk mengambil pengaut sampah di tingkat bawah untuk digunakan bagi menyiapkan tugas mengemas yang sedang dilakukan. Lalu si nenek pun menuju ketangga untuk turun ke tingkat bawah. ketika menuruni tangga seekor kucing melintas dengan cepat sehingga si nenek terperanjat.

Selepas itu si nenek terpinga pinga dan menggaru kepala kerana telah terlupa apakah barangan yang hendak diambil di tingkat bawah tadi. Setelah berfikir beberapa ketika, namun tidak ingat juga apa yang hendak diambil, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk duduk sebentar di tengah anak tangga sambil cuba untuk mengingati barangan tadi.
Setelah kira-kira 15 minit berlalu, si nenek gagal untuk mengingatinya, maka si nenek pun mengambil keputusan untuk meneruskan aktivitinya. Lalu si nenek pun berdiri. Ketika itu si nenek terfikir pula, Eh, tadi aku nak naik ke nak turun?. Sekali lagi si nenek terlupa.......


09- Kurang Air
Dollah pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan tempat tinggalnya untuk berjumpa doktor kerana badanya kurang sihat.
Selepas memeriksa Dollah, doktor memasuki bilik ubat dan kembali dengan membawa tiga jenis pil berwarna-warni.
Doktor berkata: "Awak makan pil berwarna hijau ini dengan segelas besar air pada waktu pagi, pil warna biru dengan segelas besar air pada waktu tengahari dan pil warna merah dengan segelas besar air pada waktu malam."
Dollah bertanya: " Sebenarnya apa penyakit saya doktor?"
Doktor menjawab: "Badan awak tak cukup air!"

10- Kotak Hitam
Seorang budak ghairah bertanya datuknya kenapa kotak hitam menjadi barang utama dicari setiap kali kapal terbang terhempas.
Datuknya berkata: "Kotak hitam itu adalah peti yang diperbuat daripada besi kebal supaya ia tidak berkecai sekalipun kapal terbang terhempas. Dalam kotak hitam itu ada pita rakaman suara juruterbang dan perakam data penerbangan."
"Jadi kita boleh tahu apa sebenarnya berlaku kepada kapalterbang sebelum ia jatuh terhempas atau meletup," tegas datuk dengan bersahaja dan percaya cucunya faham.
Namun cucunya berkata: "Saya hairan tuk, kalau orang boleh cipta besi kotak hitam yang tak musnah atau berkecai, kenapa orang tak buat saja kapal terbang dari besi kotak hitam itu. Tentu ramai orang terselamat kerana kapal terbang tak berkecai bila jatuh terhempas."
Kali ini datuk tergaru-garu kepala mencari idea untuk menjawab soalan cucunya

Salah FaHaM

Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal karam ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpa tam, dan secara tidak sengaja menyangkanya tam adalah Toni yg baru kehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan… .. huhuhu…

OK dh Kena!!

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap “Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!”
“Ok!” kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
“Lagi mak undur lagi” kata anak dia.
“Lagi lagi” kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba “DAMM” kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit” OK! Mak, dah kena!

Pemandu Teksi

Dalam sebuah teksi yg menuju ke bandar, seorg penumpang ingin
bertanya kpd pemandu teksi tersebut. Lantas dia menepuk bahu pemandu
teksi dgn perlahan. Tiba-tiba pemandu teksi itu menjerit dan tak
dapat mengawal kenderaannya dan hampir melanggar sebuah bas. Nasib
baik teksi itu sempat berhenti. Untuk beberapa ketika suasana sepi,
kedua-duanya cemas.

Kemudiannya pemandu teksi berkata,.. “Hei … awak jangan buat
macam tu lagi tau. Awak buat saya takut. Penumpang itu minta maaf
sambil berkata, “Saya tak sangka awak takut macam tu sekali. Saya
cuma tepuk bahu awak je.” Pemandu itu menjawab, “Maaf Encik,
sebenarnya hari ni adalah hari pertama saya bawak teksi … sebelum
ni dah 25 tahun saya bawak kereta jenazah…..paham2 jer lah ye

Thursday, February 24, 2011

KeGuNaaN PTPTN??



PTPTN adalah wang pinjaman yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan study untuk pelajar-pelajar universiti awam dan swasta...slalunya bebudak di ipta dapat je duit PTPTN mesti dorang dah wat macam-macam financial planning...

sampai naik takut tengok planning diorang..ada yang sampai mencapai perbelanjaan defisit...awal semester punya perancangan baik punya..tapi biasa hujung-hujung semester tetap tak cukup duit...kalau awal semester hari-hari makan kedai...hujung semester hari-hari pergi kedai...beli maggi...makanan ruji student di universiti dan universitas..hehehehe....



Apa yang depa ni slalu wat bila dapat duit PTPTN???



Benda yang pertama slalu aku dengar apa yang dorang nak beli masa dapat duit PTPTN adalah laptop...laptop kira penting juga untuk buat assignment, online cari maklumat, buka muka buku, dan berbloggin.. ni..biasa r student..tapi laptop ni beli bila baru masuk u jer..

laptop slalu yang nampak kat universiti ni biasanya datang dari jenama acer dan compaq..memang common bebenor jenama ni..sampai banyak sangat kes hilang laptop...huhuhu..klu ditanya je hilang laptop pe..mesti dorang kata acer or compaq....biasa r..itu je yang student mampu kan..




Nombor dua yang selalu ada dalam planning depa ni mesti nak beli handphone...siswa mahupun siswi pasti meletakkan pembelian telefon bimbit ni sebagai satu kemestian pada setiap awal semester..dah jadi trend tukar dan tayang handphone baru pada setiap semester...

kalau dulu handphone satu pilihan namun kini handphone dah menjadi barang keperluan pelajar..yelah nak buat telefon atau sms lecture, classmate, housemate, soulmate dan newmate..hehehehe...klau kita tengok skrang ada student yang boleh hilang akal kalau tak ada handphone....bila dah beli handphone bertambah lagilah budget nak tambah nilai kredit...hehehehe




Benda nombor tiga dalam PTPTN budget planning dorang mesti nak pergi holiday...tak kisah r nak pegi dengan siapa pun..awek..pakwe..kawan klas ker atau kawan rumah atau ada yang pergi dengan skandal...hehehhe..

alasan kenapa nak pergi holiday mesti sebab nak enjoy dulu before dapat study dengan maksimun pada semester tu....biasanya dorang akan pergi pulau-pulau, waterfall, atau yang paling mewah pergi genting...tapi tak pernah lagi aku dengar dorang nak pergi umrah ke...pergi oversea ke..semuanya dalam negara...oklah meningkatkan pedapatan perlancongan dalam negara..hehehehhe



Ini adalah slalu planning budak-budak dekan r...dapat j duit PTPTN benda pertama yang depa nak beli buku..hish buku punya harga jangan cakap r..tak main harga ringgit-ringgit ni..paling murah RM 50 dan ada yang mencecah ratusan ringgit..tapi demi masa depan yang gemilang, terbilang dan cemerlang maka buku ada benda yang psti akan di beli...

tapi skrang dah advanced beb..ada yang photostap je..walau ianya satu kesalahan tapi nak hidup beb...huhuhu......tapi ada gak yang bukan beli buku ilmiah...ada yang minat novel atau komik tetap letak dalam budget...tu belum kira yang book geek lagi..skali bawa buku ada la 5 atau 6 bijik...bayangkan bape dorang spend untuk beli buku-buku ni...fuhh banyak2...



Shopping oh shopping..benda ni paling common skali klau dapat duit PTPTN...aku yakin benda ni dorang letak paling atas skali dalam list..macam-macam yang dorang nak beli..barang dapur umah sewa..brang untuk decor bilik, stationery, baju luar dalam...seluar luar dalam...kasut...hish memang tak tersenarai punya.

klau pergi shopping mall tu..kiri kawan, depan kawan..kanan awek...belakang skandal...huh bersepah-sepah sahabat-sahabat korang kat shopping mall.....then kereta sewa pun penuh...keghairahan membeli membuatkan tokey-tokey kat shopping mall semyum kayo..pakcik kayo kata mereka...hehehe..

Banyak lagi sebenarnya list apa yang student buat dengan duit PTPTN ni tapi cukuplah lima aku senaraikan...nasib baikla aku x tersenarai dalam peminjam - peminjam PTPTN...hehehe tapi kalau korang rasa korang ada habit yang menarik tentang cara nak belanjakan duit PTPTN ni..atau exprience korang sendiri...share la .. .al-maklumlah, kami mencari ilmu sejati..
we are teaching and sharing...
Assalamualaikum....

Wednesday, February 23, 2011

Tips Cara mengelakkan Mata Rosak Mengadap Monitor



Assalamualaikum...

Ruangan ini khas untuk sesiapa sahaja yang kerjanya 24 jam mengadap monitor komputer/laptop. Ye lah kalau mengadap lama-lama pon akan menjejaskan mata kita ni, yer tak, jadi sebelum kita terkena baik kita mengelak, kan kan.

Hah lagi-lagi fulltime blogger yang kerjanya memang 24 jam mengadap monitor, bak kata pepatah “mencegah itu lebih baik dari merawat” ok tak nak buang masa mari lihat tips-tips ini dari aku, jangan risau tips ini telah pun mendapat kelulusan dari pihak lembaga kesihatan mata, jadi tak perlu risau kesan sampingan nya ya..hahaha

Jarak dari Monitor

  • Jaga jarak monitor korang dengan mata, jangan terlampau dekat dan jangan terlampau jauh pulak(nanti tak nampak apa-apa lak)
  • Jarak yang disarankan oleh aku adalah dalam 20-40 inci(50-100cm) agak-agak kalau tak nampak jugak alamatnya tak lama la tuh,hehehe gurau jer.

Tukar dari CRT ke LCD

  • Kalau mengikut warna dan kontra CRT lebih cantik, tetapi tahap kecerahan CRT lagi cerah dan lagi menyakitkan mata.
  • Jadi LCD menjadi pilihan kerana kecerahan LCD kurang dan dapat mengelakkan dari mata cepat letih dan rosak.
  • Kalau yang kurang mampu membeli LCD masih boleh gunakan CRT dengan tinted saja CRT tu, kan smart tu.

Gunakan cermin mata anti-radiasi

  • Hah tau tak cermin mata apa ni? Kalau tak tau meh cek nak bagitau,hehehe. Ni cermin mata untuk komputer, kalau nak beli senang jer, pergi kedai cermin mata cakap kat tokey tu ” Apek aaaa, saya hah mau angkat bili itu spek komputer punya” lebih kurang macam tu la, gelenti buleh punya.
  • Spek ni hari tu aku ada tanya harga dia, lebih kurang 70-80 ringgit je. Tak mahal pun kalau untuk kebaikan apa salah nya membeli satu kan?

Setting Monitor

  • Setting brightnes dan kontra monitor korang supaya jangan terlampau cerah.
  • Monitor sekarang dah banyak setting dah, jadi cuba lah belek-belek setting yang ada mengikut kesesuaian keadaaan.

Rehatkan Mata Sekejap

  • Jikalau terlampau lama mengadap laptop tu cuba-cuba la rehatkan mata tu sekejap.
  • Rehatkan dalam 3-5 minit, insyallah cara camni pun boleh mengelakkan mata kita dari terjejas terlampau cepat.

Amacam? dah baca? dah praktikkan tak? Lebih baik praktikkan nanti mata rosak lansung tak boleh mengadap komputer dah.hehehe di harap tips ini dapat membantu korang..(^_^)

Kesan mengadap laptop lama-lama

Gejala :
  • Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari, telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.
  • Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.
  • Sering menjatuhkan barang
Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.
  • Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.
  • Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.
  • Duduklah dengan tegak.


Ishh…..bahaya juga mengadap laptop lama-lama ni.Serius aku pun tak tau benda ni.Semoga ia memberi peringatan kt kita untuk lebih berhati-hati lagi..

Pendedahan Eksklusif Rahsia Bisnes Emas Public Gold


Salam
Pokli nak kongsi ilmu kenapa orang berlumba2 beli emas dan jadi agen public gold…sebenarnya adalah kita boleh jana pendapatan atas penjimatan yang diberikan…

yela cuba korang bayangkan…jadi agen dapat komisen 1.5% dari harga semasa….katakan harga emas hari bagi 20g = RM2695…korang akan dapat komisen 1.5%=Rm40.40…..bayangkan kalau setiap hari dan mmg betul terjadi orang beli emas 4-5 keping sehari…dah berapa komisen?????? tu baru sehari…camna kalau 10-20 keping sebulan…….kalau nak best lagi…..1-2kg sebulan??? berapa komisen yg agen-agen dapat?

Inilah yang di panggil teknik BUY LOW SELL HIGH…….setiap hari org nak order dapat harga murah…..tapi benda ni adalah tercapai kepada orang yg mmg kaki bisness la…yg nampak peluang cerah nak buat duit…yela..sapa nak bagi wang mudah2 kalau bukan Tokey Emas PG…terima kasih kepada Public Gold Sebab bagi peluang kepada kami peniaga2 kecil dapat laa berbisness……
dan yang paling best……harga emas makin naikkkk…tak kisah pun harga emas naik ke turun…kita dapat duit……sbb tu la kedai emas bisnes diaorang sustain sampai bila2……..itulah rahsia nya……

belum masuk lagi emas yang diaorang beli daripada orang yang trade in….dah dapat harga ”BUYING”….murah dah 5-6%………wah wah wah…….tu dah untung atas angin (ehh betul ke ayat ini?)….kira untung perniagaan la…….dan kalau dah kaya kena la bayar zakatttt……2.5% je daripada keuntungan perniagaan…..

Pokli suka kongsi perniagaan franchais Public Gold ini sbb :

1) Sistem yang bagus & berjaya…..boleh cek harga 24jam…..via website….via sms….call….pembahagian komisen yg telus…. http://www.publicgold.com.my/ & http://www.publicdinar.com/

2) Beli emas dapat emas…bukan beli emas dapat surat…dapat kontrak….tu yg the beauty part of Perniagaan EMAS PELABURAN…….(komisen lagi tuh…)

3) Perlu ada orang yang berjaya……pokli sendiri mendapat didikan admin jutawanemas.com…..en syukor menjadi mentor pokli sehingga berjaya sampai sekarang….terima kasih sifu….sifu syukor ini telah mendapat pendapatan RM20k sebulan hasil perniagaan emas public gold nih…..(psssttt: beliau pun nak resign dari makan gaji sbb nak jadi tokey emas sepenuh MASA)

4)Ilmu dan maklumat yang lengkap….mmg utk berjaya kita perlu ada kemahiran…ilmu….maklumat yang mencukupi….nak ilmu boleh download di tepi kanan blog pokli ini…ada slide presentation/bonus emas..free of charge…….dah ada ilmu baru la bergerakkkk majuuuu…………

kalau anda ada modal yang banyak boleh jadi MASTER dealer……dapat komisen 2.0%……..tengok bawah rangkaian pokli ada ramai dah jadi master dealer……lagi best dapat komisen 2% dan overiding 0.5%…
dapat komisen atas jualan anak2 buah 0.5%….ini di kira mcm PASIF Income……duduk diam2 dapat duit….itu la pasif income yang sebenarnya………En syukor pasir income dah banyakkkk gilerrrr…..yela…semua agen2 bawah dia ada berapa RATUS oranggggggg!!!!!!!!!!!!!!!! alhamdulillah…

apa lagi?? anda nak tahu??? boleh call pokli……pokli boleh ajar A-Z pasal pelaburan emas dan bisness emas…….janji anda ada duit dan sanggup nak terjun ke dalam dunia PERNIAGAAN emas…kalau anda rajin download la slide-slide presentation pokli wealth management………dan tgk la cara2 dan komisen pokli di http://www.emaspokli.blogspot.com/

ILMU adalah untuk di kongsi dan di manafaatkan…..kadang2 kita tak ada duit pun boleh buat duit…..pokli nak bagi duit kepada sapa2 yang rekemen orang jadi agen bawah pokli.com………..mcm Pemaju Perumahan buat……BUYER GET BUYER Program….tapi pokli nak bagi Agent Get Agent program…..pokli nak hadiahkan RM50 kepada sesiapa yg takde duit tapi nak HADIAH daripada PWM…..