Search This Blog

Wednesday, February 23, 2011

Tips Cara mengelakkan Mata Rosak Mengadap Monitor



Assalamualaikum...

Ruangan ini khas untuk sesiapa sahaja yang kerjanya 24 jam mengadap monitor komputer/laptop. Ye lah kalau mengadap lama-lama pon akan menjejaskan mata kita ni, yer tak, jadi sebelum kita terkena baik kita mengelak, kan kan.

Hah lagi-lagi fulltime blogger yang kerjanya memang 24 jam mengadap monitor, bak kata pepatah “mencegah itu lebih baik dari merawat” ok tak nak buang masa mari lihat tips-tips ini dari aku, jangan risau tips ini telah pun mendapat kelulusan dari pihak lembaga kesihatan mata, jadi tak perlu risau kesan sampingan nya ya..hahaha

Jarak dari Monitor

  • Jaga jarak monitor korang dengan mata, jangan terlampau dekat dan jangan terlampau jauh pulak(nanti tak nampak apa-apa lak)
  • Jarak yang disarankan oleh aku adalah dalam 20-40 inci(50-100cm) agak-agak kalau tak nampak jugak alamatnya tak lama la tuh,hehehe gurau jer.

Tukar dari CRT ke LCD

  • Kalau mengikut warna dan kontra CRT lebih cantik, tetapi tahap kecerahan CRT lagi cerah dan lagi menyakitkan mata.
  • Jadi LCD menjadi pilihan kerana kecerahan LCD kurang dan dapat mengelakkan dari mata cepat letih dan rosak.
  • Kalau yang kurang mampu membeli LCD masih boleh gunakan CRT dengan tinted saja CRT tu, kan smart tu.

Gunakan cermin mata anti-radiasi

  • Hah tau tak cermin mata apa ni? Kalau tak tau meh cek nak bagitau,hehehe. Ni cermin mata untuk komputer, kalau nak beli senang jer, pergi kedai cermin mata cakap kat tokey tu ” Apek aaaa, saya hah mau angkat bili itu spek komputer punya” lebih kurang macam tu la, gelenti buleh punya.
  • Spek ni hari tu aku ada tanya harga dia, lebih kurang 70-80 ringgit je. Tak mahal pun kalau untuk kebaikan apa salah nya membeli satu kan?

Setting Monitor

  • Setting brightnes dan kontra monitor korang supaya jangan terlampau cerah.
  • Monitor sekarang dah banyak setting dah, jadi cuba lah belek-belek setting yang ada mengikut kesesuaian keadaaan.

Rehatkan Mata Sekejap

  • Jikalau terlampau lama mengadap laptop tu cuba-cuba la rehatkan mata tu sekejap.
  • Rehatkan dalam 3-5 minit, insyallah cara camni pun boleh mengelakkan mata kita dari terjejas terlampau cepat.

Amacam? dah baca? dah praktikkan tak? Lebih baik praktikkan nanti mata rosak lansung tak boleh mengadap komputer dah.hehehe di harap tips ini dapat membantu korang..(^_^)

1 comment:

  1. oi bodoh gelap..ne yg bagi rosak mata nie :p

    ReplyDelete