Search This Blog

Tuesday, March 15, 2011

Kenapa Lelaki Marah??

1. Kekasihnya merendahkan-rendahkan keluarga lelaki ini

Yang ni paling utama. Lelaki amat marah bila kekasih atau sesiapa saja merendah-rendahkan ahli keluarganya. Memang sudah sifat lelaki, mereka akan menjaga ahli keluarga mereka dari sebarang anasir-anasir jahat yang cuba memburukkan atau merendahkan mereka termasuk dari kekasih sendiri. Jadi pada kaum wanita, mereka harus faham dan cubalah untuk menjaga segala percakapan agar tidak terlepas cakap tentang keburukan keluarga kaum lelaki ini.

2. Meninggikan suara apabila bercakap

Ini pantang kedua. Mana ada lelaki suka bila wanita bercakap dengan nada suara tinggi. Ia seolah-olah mencabar maruah si lelaki. Jangan tanya kenapa kalau kena tengking marah balik.

3. Selalu mengungkit wang ringgit

Asyik bertanya pasal duit saja, sesiapa pun akan tensyen. Memang la kadang kala lelaki akan pokai. Bukan semua orang senang. Jadi bagi wanita ni, jangan la asyik bertanya ” u kan kerja, mana pergi duit u, u pergi berjoli la tu kan….bla bla la..” membebel non stop. Parah telinga dibuatnya. Itu duit mereka, biarlah apa mereka nak buat. Si wanita ni tak boleh la control kewangan lelaki. Lelaki memang nampak kuat berbelanja tapi mereka tahu limit mereka dan kalau pun betul la lelaki ni pokai selepas berbelanja, lelaki akan tahu macam mana nak recover balik. Jadi stop la dari membebel, ubah diri kepada sifat yang lebih prihatin. Lebih bagus lagi kalau sifat prihatin dan lemah lembut si wanita ini dapat mengubah sifat boros lelaki. Itu kan lebih baik dari korang membebel tapi hapah tak guna. Membazir air liur saja.

4. Menduakan lelaki

Kalau si lelaki ni boleh setia, kenapa perempuan tak boleh kan. Lelaki ni senang saja nak faham. Apabila dia setia, ia bermaksud dia takkan ada perempuan lain di hati. Jadi wanita perlulah mengubah sikap kepada lebih setia terhadap lelaki. Jangan sekali-kali menduakan lelaki. Sebab style lelaki ni, bila dah terkena sekali (dicurangi) cukup susah untuk dia beri peluang kedua pada wanita tersebut. So beware okey.

5. Tidak menghormati diri lelaki ini sebagai kekasih

Hormat tu penting, jangan la lelaki tu dilayan seperti member biasa, bahasa kasar dan sebagainya. Sekurang-kurangnya hormat la lelaki sebab mereka akan menjadi ketua keluarga. Kalau tak mula dari sekarang, bila lagi, ye tak?

Rasa-rasanya cukup la sedikit info berkenaan dengan lelaki untuk hari ini. Semoga kaum wanita semua akan dapat memahami dengan lebih dalam lagi tentang lelaki. Selamat berjaya (^_^)

No comments:

Post a Comment