Salam...
hari ni aku saje2 nak share pasal jambatan pulau pinang ni..biasala bangun- bangun tdo jer trus ON laptop..so x tau ape nak buat..cari la bhn2 utuk post kat blog ni, kalau hangpa pi Pulau Pinang hangpa akan naik feri @ lalu ikut jambatan Pulau Pinang? Aku kalo nk pi mndi kat Batu Feringhi akan naik feri sb dekat skit. Kalo nk p bahagian Queensbay dan kawasan sekitar mmg akan ikut jambatan.
Utk pengetahuan semua, jambatan Pulau Pinang ni mula dibuka pd 14 September 1985 utk kenderaan awam. Panjang keseluruhan jambatan nie adalah 13.5 km, yg menjadikannya antara jambatan terpanjang kat dunia. Sebelum thun 1985, utk pegi ke pulau, pengangkutan utama adalah feri yg kita dok naik sekarang tu.
Tarikh2 penting:
- Awal 1970-an - Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan jambatan bg menghubungkan Seberang Perai dgn Pulau Pinang
- Akhir 1970-an - Tun Hussein Onn merancang utk membinanya
- 23 Julai 1981 - Menteri Kerja Raya, S Samy Vellu mengumumkan jambatan Pulau Pinang akan mengikut konsep Jambatan San Fransisco Golden Gate
- 1982 - pembinaan bermula
- 3 Ogos 1985 - perasmian oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
- 14 September 1985 - pembukaan rasmi jambatan kepada kenderaan awam
Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang
dan Menteri Kerja Raya bersama isteri masing2 sewaktu perasmian
No comments:
Post a Comment