Search This Blog

Wednesday, April 13, 2011

Akhirnya Sempurna

Assalamualaikum...Alhamdulillah....syukur...berakhir jugak seminar PSM 2 (Projek Sarjana Muda)..lega betul rasanya bila dah lepas azab PSM ni..amin...entry ni nak story about presentation my final year project..Today 14 April 2011(wlupun korg tgk date atas tu 13hb-date laptop slh) aku kena present projek aku..(Vehicle Security Alert System)..semua berjalan dengan lancar..dan semua soalan dari panel..slamber jer aku jawab dgn spontan..walaupun preparation aku ala qadar jer..mlm tadi pon mcm x rasa gementar langsung..skit pon x rasa takut atau gemuruh..rupe2nya ada hikmah disebalik semua tue..patutlah x rs takut..sebab mcm x ssh sgt nk present tadi..ok je....nmpak gaya panel tadi macam suke presentation aku..so harap2 lah diorang bagi markah tinggi..hehe..(sempat jgk bodek tadi)..

Poster Projek

let me explain about this project:

Vehicle security alert system is a security system that is designed to protect and alert the user on certain happenings that need prompt attention to the car. Vehicle Security Alert system is a vehicle safety system is required at present. This is because of the crimes involving the theft of the car or the car breaks rampant today. This system involves the real connection with the conventional alarm system connected to the PIC and GSM Modem. When these situations occur, the car security alarm will sound and if the car door opened a signal will send to the PIC, then PIC will process the data and will transmit the signal to the GSM modem and GSM modem will send SMS to phone the owner of the vehicle immediately. Users can make prompt attention to overcome the problem.




Hardware- my project




Demo project

How it work?

  • Intruder or Unauthorized User breaking the car.
  • The alarm will armed and if the door is open, The signal voltage will transmit to PIC microcontroller.
  • PIC microcontroller will send the message to MAX232.
  • The message will enter MAX232 which allows transmission in GSM Modem through RS232 connector and converts the voltage level.
  • The message enters GSM Modem and the user will receive notifications.
  • This system is using maxis sim card, can find car location using friend finder.


Inilah hasil my degree final year project..sekian..



Saturday, April 9, 2011

Lawatan Industri ke Proton Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kali ini nak story skit pasal lawatan industri ke Proton Shah Alam. Tapi sebelum tu biarlah kita tahu sejarah penubuhan proton dulu untuk pengetahuan...kalau x mesti semua x pnh nk amk tau kan..so dapatla info skit2 kan psl benda ni..(^_^)

Logo Proton Lama

Logo Proton Baru


PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad,Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Pemegang saham terdiri daripada:

  • Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
  • Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
  • Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)


Kilang PROTON terletak di:

Sejarah Proton

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

PERTELINGKAHAN DALAM PROTON

Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff telah ditamatkan kontraknya pada 25 Julai 2005, tidak lama selepas beliau menimbulkan isu AP yang dikeluarkan sehingga menjejaskan pasaran kereta tempatan. Di bawah pengurusan Tengku Mahaleel selama tujuh tahun, Proton telah mampu menambah kapasiti pengeluaran, mengeluar kereta sendiri dan mengumpul keuntungan tunai berjumlah lebih RM4 bilion. Sebanyak RM1.7 bilion daripada jumlah tersebut digunakan untuk membina kilang Proton di Tanjong Malim.

Dalam tempoh empat bulan sahaja selepas penamatan kontrak Tengku Mahaleel, kedengaran ura-ura penutupan Proton. Ini adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana aset Proton termasuk harta tanah di Batu 3, Shah Alam bernilai berbilion, tidak termasuk aliran tunai RM4 bilion pastinya lebih daripada mencukupi bagi menampung kos operasi.

Pada 2006, Proton Holding telah mengumumkan subsidarinya Proton Capital Sdn Bhd telah menandatangani penjualan saham 57.75% dalam MV Agusta yang telah dibeli pada 2004 dengan harga € 1 (RM4.50). Pembelian MV Agusta dilakukan dengan mengetahui bahawa ia mempunyai hutang sebanyak € 230 juta yang ditangguh selama 3 tahun. Penjualan itu menimbulkan reaksi balas daripada Tun Dr Mahathir Mohammad dan bekas pengarah urusan Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang mempersoalkan samada ia dijual secara terbuka yang memungkinkan harga yang lebih mahal didapati.

Selain itu Proton turut dilapurkan mengalami kerugian akibat menjual kereta pada harga potongan yang dianggarkan sekitar RM108 juta. (Berdasarkan 54,000 buah kereta selama 3 bulan X potongan RM2,000 sebuah), yang disifatkan oleh Tengku Mahaleel sebagai kesilapan strategi Proton.

Senarai kenderaan/kereta keluaran PROTON adalah seperti berikut:

  • Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta 1.6 liter sedan ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback. Ianya juga mengekalkan enjin 82kW Campro.
  • Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994.
    • Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian kit.
  • Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali diShah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakanenjin Campro IAFM 1.3L.
  • Proton Satria: Sedan 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage.
    • Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
    • Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.
    • Proton Satria Neo: Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ianya dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro. Ianya dijangka mengambil kembali pasaran jualan kereta Proton sebanyak 40%.
  • Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan 1,200 cc, model gantian untukProton Tiara. Tetapan standard kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.
  • Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Tetapi, chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis dari Mitsubishi (melainkan varian 1,800 cc, dimana dibangunkan dengan menggunakan enjin Renault). Asalnya model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin 4G18 yang turut digunakan olehMitsubishi Lancer model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.
  • Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Telah terjual sebanyak 220,000 unit diantara 1996 dan 1998. Versi ini amat popular di Malaysia.


Garis masa
7 Mei 1983: Penubuhan PROTON.
23 Mei 1983: Upacara menandatangani:
Perjanjian usahasama;
Perjanjian bantuan teknikal;
Perjanjian pinjaman;
Kontrak untuk bekalan dan pembinaan loji pembuatan kereta;
Kontrak untuk bekalan bungkusan KD dan alatganti.
25 Jun 1984: Menandatangai perjanjian kakitangan.
27 Jun 1984: Pengumumam nama model bagi kereta nasional (Proton Saga).
1 Ogos 1984: Pemasangan peralatan/jentera bermula.
29 Oktober 1984: Penilaian bersama prototaip pengeluaran untuk mendapat pengesahan dan persetujuan.
1 Disember 1984: Berpindah ke pejabat baru di Loji, Shah Alam.
26 Januari 1985: Pemasangan mesin pembentuk dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
18 April 1985: Percubaan pengeluaran kereta pertama selesai.
1 Julai 1985: Permulaan pengeluaran komersial Proton Saga.
9 Julai 1985: Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton Saga oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.
1 September 1985: Pelancaran pasaran oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn Bhd (EON).
15 Januari 1986: Pengeluaran 10,000 unit Proton Saga.
25 Julai 2005: Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff ditamatkan kontrak sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton.
29 November 2005: Proton Holdings Bhd. hari ini mengumumkan pelantikan Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir sebagai Pengarah Urusan baru syarikat kereta nasional itu.

INFO LAWATAN
Date : 31-03-2011
Jumlah Mahasiswa/siswi : 32 orang
Pensyarah Pengiring : 2 Orang
Course: Bachelor Degree of Electronic Engineering (Industrial Electronics)
Subject: Automation Manufacturing (BENE4143)


Jam 6.30am -Berkumpul di perkarangan Pusat Persatuan Pelajar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) .Sebelum bertolak pensyarah serta ketua rombongan pelajar memberi taklimat ringkas tentang lawatan industri ke Proton Shah Alam.

Selesai taklimat, pelajar dan juga pensyarah mula menaiki bas universiti dan wakil pelajar memastikan semua yang terlibat telah ada di dalam bas tersebut.

Jam 7.30 pagi-bas mula bertolak dari kampus induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka menuju ke Proton Shah Alam.

Jam 9.00 pagi-tiba di Proton Shah Alam. Perjalanan ke Shah Alam mengambil masa selama 1 jam 30 minit.

Pandangan hadapan pintu Lobby Proton Shah Alam

Disambut oleh Encik Zulkifli dan Encik Sham dari Human Resource Department
ketibaan peserta lawatan di Lobby PROTON

Lobby PROTON

Dibawa masuk ke Audiotorium untuk sesi penerangan ringkas.

ucapan aluan dari pensyarah pengiring (En.Sadhiqin)

Encik Sham wakil dari GC telah memberi ucapan aluan, dan berbesar hati menerima kedatangan kami. Kami telah di beri menonton video Koprat mengenai Proton



Pukul 9.30 dibawa masuk ke kawasan production.

Penerangan mengenai kilang oleh jurutera proton




Kawasan persekitaran kilang



Jurutera PROTON membawa semua peserta lawatan ke dalam Production

Info

· Proton bekerjasama dgn LOTUS dan MITSHUBISHI

· Produk yg dihasilkan di shah alam

o Inspira

o Saga FL

o Exora

o Waja

· Lawatan dibuat di kilang penghasilan Saga FL

· Mempunyai 1 kilang di tanjung malim dan shah alam

· Proses

o Stamping

o Body assembly

o Painting

Kebanyakan komponen diambil daripada vendor. Bermula tahun 1990, komponen seperti break padel, lampu, plastic dalaman (deshboard) dan sebagainya diambil daripada vendor.

Product line capacity : 150k/year

Model : P2-11A/P2-11c (Saga FL)

Production Output : 40unit/hour@90 sec

Current line speed : 38 units/hours (Gross)

Takt time : 94.7 sec/unit

Line efficiency : 95%

Total Process time : 19 234 sec/unit

Man power : 207 man (Direct)

63 man (Indirect)

Line time actual (LTA) : 5.72 an Hour/unit




Jamuan ringan yang disediakan oleh pihak proton

Sesi bergambar selepas sesi lawatan selesai

Jam 11.00 pagi- sesi lawatan ke kilang Proton Shah Alam selesai, pemberian cenderamata oleh pensyarah pengiring En. Sadhiqin kepada wakil proton. Walaupun masa lawatan yang singkat dan terhad, tetapi kami mendapat banyak informasi mengenai proton dan proses penghasilan kereta. anyway Thanx kepada pihak proton kerana membenarkan kami membuat lawatan ke sana.......(^_^)
*
BELILAH KERETA BUATAN MALAYSIA

PREPARED BY:
MOHD ASHRAF BIN MOHD RAZALI
WAN MOHD ROSLEE BIN WAN ISMAIL





Thursday, April 7, 2011

Finally!!!!! My PSM!!! -Vehicle Security Alert System-

Syukur Kehadrat Ilahi..sempurna jugak PSM aku..walaupun masa InOTek projek aku x jd..tp xpela..jnji masa Seminar PSM 2 nanti jadi..4 jam kredit tue..sape xnk A kan...skg ni dh siap circuit dan coding tinggal nak prepare hardware je skit lagi...sape nak tgk project aku..ada video kat bwh ni..tp ini just connection utk test projek jer...lps ni bnda2 ni akan aku install kan pada kereta..