Search This Blog
Tuesday, March 29, 2011
Thursday, March 24, 2011
Disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga
Saya ingin berkongsi cerita ini bersama kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Moga kita dapat berhati-hati dengan lagu-lagu seperti ini. Harap-harap ia tidak menjadi siulan kita atau anak-anak kita. Amien Ya Robbal Alamien.
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan." (Al-Fatihah : 5)
Semoga apa yang nak saya sampaikan hari ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat khususnya kepada ummat Islam seluruh dunia, insha'Allah.
Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ini. Masa nak tengok tu macam ragu-ragu jugak. Yelah video cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah. Tapi oleh sebab nak mengkaji
apa yang ada dalam video dia kali ni jadi saya mainkan jugak video dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memangIlluminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh.
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba terangkan dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu Lady Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/dan tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Ada penerangan sepenuhnya tentang Illuminati dan Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya terangkan lepas ni.
Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gagahingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.
Alejandro?
memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya oleh Lady Gaga si illuminatisttak guna.
"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, around you." Maksud lirik ni pulak, A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin)merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.
Selepas sahaja lirik tu, konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Lady Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Lady Gaga telah bertukar dari biarawati menjadipaderi Luciferian (Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?
Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui
dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan.
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam, bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian videoAlejandro dalam ni jelas dan tak perlu banyak teka teki macam video Telephone danBad Romance. Jadi apa yang Lady Gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni Lady Gaga menolak iman Kristian dengan mengotori simbol dan menunjukkan yang dia ada satu kuasa spiritual lain. Hmm
lepas ni apa? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah.
Sumber asal: vigilant citizen
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya"(Al-Isra' 17:36)
Wednesday, March 23, 2011
Friday, March 18, 2011
OH..LELAKI....
Wednesday, March 16, 2011
Telefon bimbit punca lelaki mati pucuk
Petikan dari Akhbar KOSMO 16 Mac 2011..
GEORGE TOWN - Lelaki yang gemar menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar berdepan risiko kerosakan sperma termasuk mati pucuk.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris mendakwa, penggunaan telefon bimbit untuk tempoh yang panjang didakwa mengurangkan produktiviti sperma lelaki.
Ini berikutan hasil kajian CAP tahun lalu menunjukkan kaitan antara sperma berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.
Menurut beliau, pengguna yang membuat panggilan telefon bimbit lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
"Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia ini kemungkinan menghadapi kesukaran menjadi bapa kerana kerap menggunakan telefon bimbit...
Oh Lelaki...(^_^) -----no komen---
Tuesday, March 15, 2011
Kenapa Lelaki Marah??
1. Kekasihnya merendahkan-rendahkan keluarga lelaki ini
Yang ni paling utama. Lelaki amat marah bila kekasih atau sesiapa saja merendah-rendahkan ahli keluarganya. Memang sudah sifat lelaki, mereka akan menjaga ahli keluarga mereka dari sebarang anasir-anasir jahat yang cuba memburukkan atau merendahkan mereka termasuk dari kekasih sendiri. Jadi pada kaum wanita, mereka harus faham dan cubalah untuk menjaga segala percakapan agar tidak terlepas cakap tentang keburukan keluarga kaum lelaki ini.
2. Meninggikan suara apabila bercakap
Ini pantang kedua. Mana ada lelaki suka bila wanita bercakap dengan nada suara tinggi. Ia seolah-olah mencabar maruah si lelaki. Jangan tanya kenapa kalau kena tengking marah balik.
3. Selalu mengungkit wang ringgit
Asyik bertanya pasal duit saja, sesiapa pun akan tensyen. Memang la kadang kala lelaki akan pokai. Bukan semua orang senang. Jadi bagi wanita ni, jangan la asyik bertanya ” u kan kerja, mana pergi duit u, u pergi berjoli la tu kan….bla bla la..” membebel non stop. Parah telinga dibuatnya. Itu duit mereka, biarlah apa mereka nak buat. Si wanita ni tak boleh la control kewangan lelaki. Lelaki memang nampak kuat berbelanja tapi mereka tahu limit mereka dan kalau pun betul la lelaki ni pokai selepas berbelanja, lelaki akan tahu macam mana nak recover balik. Jadi stop la dari membebel, ubah diri kepada sifat yang lebih prihatin. Lebih bagus lagi kalau sifat prihatin dan lemah lembut si wanita ini dapat mengubah sifat boros lelaki. Itu kan lebih baik dari korang membebel tapi hapah tak guna. Membazir air liur saja.
4. Menduakan lelaki
Kalau si lelaki ni boleh setia, kenapa perempuan tak boleh kan. Lelaki ni senang saja nak faham. Apabila dia setia, ia bermaksud dia takkan ada perempuan lain di hati. Jadi wanita perlulah mengubah sikap kepada lebih setia terhadap lelaki. Jangan sekali-kali menduakan lelaki. Sebab style lelaki ni, bila dah terkena sekali (dicurangi) cukup susah untuk dia beri peluang kedua pada wanita tersebut. So beware okey.
5. Tidak menghormati diri lelaki ini sebagai kekasih
Hormat tu penting, jangan la lelaki tu dilayan seperti member biasa, bahasa kasar dan sebagainya. Sekurang-kurangnya hormat la lelaki sebab mereka akan menjadi ketua keluarga. Kalau tak mula dari sekarang, bila lagi, ye tak?
Rasa-rasanya cukup la sedikit info berkenaan dengan lelaki untuk hari ini. Semoga kaum wanita semua akan dapat memahami dengan lebih dalam lagi tentang lelaki. Selamat berjaya (^_^)
Tips Tetap Cantik Di Saat Stress
10 KeBaiKan CoKe
Wednesday, March 9, 2011
FiRsT TiMe In My LiFe!!!
Secara purata tahap zat besi dalam badan seseorang lelaki ialah kira-kira 1,000 miligram tetapi pada wanita (sebelum menopaus atau putus haid) hanyalah 300 miligram saja. Pengeluaran zat besi pada wanita berlaku ketika haid dan inilah sebabnya wanita muda terlindung daripada sakit jantung. Risiko sakit sama dengan lelaki apabila wanita menopaus kerana zat besi mula terkumpul banyak dalam badan mereka.Selain itu secara psikologi, penderma darah sebenarnya berasa lebih tenang kerana mempunyai tahap kesihatan yang baik. Ujian darah akan dilakukan ke atas semua penderma setiap kali mereka menderma darah; walaupun mereka adalah penderma tetap. Ini adalah langkah untuk memastikan semua darah diderma adalah selamat dan tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan penerima.Langkah ini juga membolehkan penderma mengetahui tahap kesihatan mereka kerana jika didapati penderma menghidap penyakit tertentu, perkara berkenaan akan dimaklumkan segera supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya.
Monday, March 7, 2011
MENGAPA GADIS-GADIS HARUS BERKAHWIN DENGAN ENGINEER....(^_^)
Mengapa anda perlu berkahwin dengan seorang Engineer ..Biarlah saya memberitahu anda mengapa gadis akhirnya harus berkahwin dengan seorang Jurutera daripada Graduan dari Fakulti Undang-undang, Pengurusan, Seni atau Perubatan. Ia mempunyai tiga keuntungan yang berbeza dripada semua graduan itu.
Keuntungan 1: gaya hidup y lebih SECURE
Seorang boyfriend jurutera dapat menyediakan anda dengan gaya hidup yang selamat. Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin mempunyai pangkat ,pekerjaan yang memberinya pendapatan tinggi untuk memiliki kereta, melabur, memiliki kehidupan yang selesa, dan berkahwin dan membeli rumah juga.
lulusan Undang-undang masih bekerja sebagai orang bawahan di firma undang-undang.
Sebahagian besar lulusan pengurusan baru saja gagal dalam rancangan perniagaan pertama mereka.
Lulusan seni masih mencari pekerjaan.
Dan lulusan sekolah perubatan masih tinggal di rumah sakit.
Keuntungan 2: kerajinan yang tiada tandingannya
Seorang boyfriend jurutera akan meluangkan sejumlah masa dan usaha yang tidak dapat dibayangkan untuk memahami anda. Jurutera benar-benar berusaha dengan sangat keras untuk memahami pekerjaan mereka. Anda boleh percaya bahawa mereka benar-benar akan berusaha untuk memahami wanita juga, sama seperti bagaimana mereka memahami pekerjaan mereka, apabila mereka percaya bahawa anda adalah yang terpilih.Jika mereka tidak memahami pada mula nya, mereka akan terus berusaha.Walaupun mereka masih tidak memahami, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuat anda bahagia.. (misalnya membeli cincin berlian = bernilai 1 minggu kebahagiaan.)Setelah mereka mengetahui formula rahsia itu, mereka hanya akan terus mengulanginya sehingga hasil yang diingini muncul.
Berbeza dengan Peguam yang akan berdebat dengan anda.
Lulusan Pengurusan yang akan cuba untuk mengawal perbelanjaan anda,
Sarjana Seni yang tidak tetap pendirian.. Dan lulusan perubatan yang akan mengubah gaya hidup anda.
Dan anda tahu apa, ianya benar-benar sangat mudah untuk membuat jurutera percaya bahawa anda adalah 'satu' itu. Katakan bahawa anda seperti salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tertarik dan menyayangi anda selamanya
Keuntungan 3: Seorang boyfriend jurutera tidak akan pernah mengkhianati kepercayaan anda.
Izinkan saya memberi tahu anda apa yang salah dengan graduan yang lain –
Para peguam akan berbohong tentang segala sesuatu.
Lulusan Pengurusan akan menipu wang anda.
Lulusan seni akan menggoda anda,
dan anda mungkin hanya terlihat seperti mayat lain untuk lulusan perubatan.
boyfriend jurutera anda terlalu sibuk untuk mencari perempuan lain, dan bahkan jika dia melakukannya, dia terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda tentang itu. Oleh kerana itu, seorang jurutera adalah teman yang paling aman yang pernah anda temui - cukup kaya, akan terus berusaha untuk memahami dan menyenangkan anda, tidak mempunyai masa untuk mempermainkan anda, dan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda. Tambahan lagi,mereka lebih bergaya berbanding yang lain...... =)