Search This Blog

Thursday, March 24, 2011

Disebalik lagu Alejandro by Lady Gaga

Bismillahirrahmannirahim,

Saya ingin berkongsi cerita ini bersama kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Moga kita dapat berhati-hati dengan lagu-lagu seperti ini. Harap-harap ia tidak menjadi siulan kita atau anak-anak kita. Amien Ya Robbal Alamien.

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan." (Al-Fatihah : 5)

Semoga apa yang nak saya sampaikan hari ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat khususnya kepada ummat Islam seluruh dunia, insha'Allah.
Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ini. Masa nak tengok tu macam ragu-ragu jugak. Yelah video cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah. Tapi oleh sebab nak mengkaji
apa yang ada dalam video dia kali ni jadi saya mainkan jugak video dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memangIlluminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh.

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba terangkan dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu Lady Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/dan tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Ada penerangan sepenuhnya tentang Illuminati dan Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya terangkan lepas ni.

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gagahingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.

Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris. "I know that we are young. And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro".


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Lady Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah, hati yang Lady Gaga pegang tu bukan hati biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus). Google untuk baca lebih lanjut lagi.

"But I just can't be with you like this anymore, Alejandro". Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? Dan selepas itu dia curang dengan Roberto dan Fernando?(berdasarkan lirik). Jawapannya tak. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandromungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa
Alejandro?


Kemudian Lady Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Lady Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati -TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.



Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave'. Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri. Dan
memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya oleh Lady Gaga si illuminatisttak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Lady Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati (Kristian) dan memegang tasbih. Okay jadi boleh nampakkan, waktu scene ni Lady Gaga pandang ke langit dan menyanyi part, "Stop,please, just let me go, Alejandro". Sebaik saja dia sebut "Alejandro", Lady Gaga mengangkat dua tangannya ke langit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, around you." Maksud lirik ni pulak, A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin)merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.

Selepas sahaja lirik tu, konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Lady Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Lady Gaga telah bertukar dari biarawati menjadipaderi Luciferian (Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?


(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati). Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Lady Gaga di atas. Ada banyak sangat simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama
Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui
dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan.




Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan. Untuk memuja dan menyeru syaitan. " In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power. Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore, it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan Lady Gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan."Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan). "Don't call my name , Don't call my name, Bye Fernando. I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan).Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu Lady Gaga, menjadi simbol tiang dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Lady Gaga, menyambut kedatangan Lady Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Lady Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya.Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih. Jadi dengan menelan tasbih, Lady Gagamenggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Lady Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. Jelas menunjukkan yangLady Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer.


"I'm not your babe I'm not your babe, Fernando". Waktu menyebut perkataan Fernando, Lady Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Janganlah ingat Lady Gaga tu buat simbol tu suka-suka. Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena selesaikan apa makna dia.


Dapat tengokkan kat belakang Lady Gaga ada salib. Lady Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia. Lady Gaga menyanyi sambil memandang ke atas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik, " Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus)".


Dan di akhir video ditunjukkan Lady Gaga dilampirkan bersama strings. Pada mulanya Lady Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Lady Gaga pula di-control. Oleh siapa ? Fikir-fikirkanlah siapa yang control Lady Gaga ni. Siapa dalang disebalik semua ni ? Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nyakan? Insya-Allah pasti.

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam, bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian videoAlejandro dalam ni jelas dan tak perlu banyak teka teki macam video Telephone danBad Romance. Jadi apa yang Lady Gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni Lady Gaga menolak iman Kristian dengan mengotori simbol dan menunjukkan yang dia ada satu kuasa spiritual lain. Hmm
lepas ni apa? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah.



Lady Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia. Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Lady Gaga. Tindakannya dalam setiap video, tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini , berhentilah mendengar laguLady Gaga. Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah (Tiada Allah), Nauzubillah Minzalik. Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu, apa akan jadi ? Ya Allah, lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutunya. Amin ya Rabbalalamin.

Sumber asal: vigilant citizen

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya"(Al-Isra' 17:36)

No comments:

Post a Comment