Search This Blog

Wednesday, March 9, 2011

FiRsT TiMe In My LiFe!!!

Wahhh...dengar tajuk macam gempak jer..padahal xde ape pon..hehehe..cerita pasal FiRsT TiMe In My LiFe ni berkisarkan tentang semalam..iaitu pada 9/3/2011..aku dan kawan2 telah menyumbangkan darah untuk keperluan Tabung Darah Negara....sebelum ni mmg ada niat nk derma darah..tapi bila je ada event tu msti aku x blh nk derma..sbb mkn ubat allergic la..mkn ubt selesema la..lps tue smlm br la boleh.....mula2 mmg xtau pon ada event derma darah..tp mcm kebiasaan tiap2 hari kuliah..kalau ada klas ptg, masa waktu zuhur mmg aku dan kawan2..lepak masjid UTeM..rehat2..pastuh solat berjemaah..lps tue masa kt masjid tue ada plak kempen derma darah..so aku x lepaskan la peluang utk berbakti untuk Negara...hehehe





Ganu...

Shuk...

man..

dan...aku..hehehe


Tahukah anda???

Setiap kali anda menderma darah, anda akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan. Ada kajian menunjukkan zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).

Secara purata tahap zat besi dalam badan seseorang lelaki ialah kira-kira 1,000 miligram tetapi pada wanita (sebelum menopaus atau putus haid) hanyalah 300 miligram saja. Pengeluaran zat besi pada wanita berlaku ketika haid dan inilah sebabnya wanita muda terlindung daripada sakit jantung. Risiko sakit sama dengan lelaki apabila wanita menopaus kerana zat besi mula terkumpul banyak dalam badan mereka.Selain itu secara psikologi, penderma darah sebenarnya berasa lebih tenang kerana mempunyai tahap kesihatan yang baik. Ujian darah akan dilakukan ke atas semua penderma setiap kali mereka menderma darah; walaupun mereka adalah penderma tetap. Ini adalah langkah untuk memastikan semua darah diderma adalah selamat dan tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan penerima.Langkah ini juga membolehkan penderma mengetahui tahap kesihatan mereka kerana jika didapati penderma menghidap penyakit tertentu, perkara berkenaan akan dimaklumkan segera supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya.

Tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’ di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri.




4 comments:

  1. x berpeluang nk menderma drh g coz x ckp brt.. T__T

    ReplyDelete
  2. hehe..xpe..t mkn byk2..bg naik berat badan..pastu br let derma darah...

    ReplyDelete
  3. baiknyerrr hati derma darah!!_!!
    sakit x?eheheeee....

    ReplyDelete
  4. hehe...sekali skala ape slhnyer menderma kan..x sakit ponk..ok jer..hehe..rs cm semut ggt jer..try la..br tau..

    ReplyDelete